Setelah lebih 2 tahun di premis sementara SK Bukit Jawa 2, Institut Aminuddin Baki mula beroperasi di premis baru di SK Tiong, Jalan Pasir Tumbuh-Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan. Terima kasih kepada Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan kerana telah memberikan kebenaran kepada IAB Cawangan Timur untuk menggunakan premis baru ini yang lebih luas dan lebih selesa, Penghargaan dan terima kasih juga dirakamkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan, Pejabat Pelajaran Pasir Puteh dan Semua warga SK Bukit Jawa 2 di atas kerjasama yang sangat baik sepanjang IAB beroperasi di SK Bukit Jawa 2 sejak 1 Feb 2010.
Semoga tugas dan fungsi IAB Cawangan Timur akan menjadi lebih berkesan di masa-masa yang akan datang, tambahan pula adalah dijangkakan kapasiti pensyarah akan mencapai 30 orang pada tahun 2012.